Monday, July 6, 2009

Sambungan....>>

ii) Dalil-dalil yang mengharuskan nyanyian

Dalil pertama:
Firman Allah Taala:

وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين (الجمعة آية 11)
Maksudnya: Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.

Kesimpulan: Di dalam ayat ini Allah Taala telah menggabungkan hiburan( اللهو ) dan perniagaan secara bersama. Allah Taala tidak mencela hiburan dan perniagaan tetapi ayat ini diturunkan untuk menegur tindakan para sahabat Nabi yang telah meninggalkan khutbah Rasulullah pada hari Jumaat semata-mata ingin menyambut kedatangan rombongan perniagaan yang baru tiba di Madinah di samping memukul gendang untuk memberitahu orang ramai kedatangan kafilah tersebut sehingga bilangan para sahabat yang tinggal di dalam masjid bagi mendengar khutbah Nabi hanya sekitar 12 orang sahaja. 30

Dalil kedua:
31عن عائشة قالت: دخل عليَّ رسولُ الله وعندي جاريتان تُغَنِّيان بغناء بُعاث فاضطجع على الفِراشِ وحَوَّل وَجْهه ودخل أبو بكر فانتهرني وقال: مزمارة الشيطان عند النبي صلى الله عليه وسلم؟ فأقبل عليه رسول الله فقال: دعهما, فلما غفل غمرتُهما فخرجَتَا
(رواه البخاري ومسلم)

Dalil ketiga:
32عن خالد بن ذكْوان قال: قالت الرُّبَيع بنت مُعَوذ:
جاء النبي يَدْخلُ حين بُنِيَ عليَّ فجلس على فِرَاشِيْ كمَجْلِسك مِنِّيْ فجعلتْ جُوَيْراتٌ لنا يضربْنَ بالدُفِّ ويَنْدُبْنَ مَنْ قُتِل مِن آبائنا يوم بدر إذ قالت أحداهن: وفينا نبيُ الله يعلم ما في غد
فقال: دعي هذا وقوليْ بالذي كنتِ تقولِيْن ( رواه البخاري وأبو داود)

Dalil keempat:
33عن عائشة انها زَفَتْ امرأةً الى رجل من الانصار فقال النبي:
ياعائشة ما كان معكم من لهو؟ فإن الأنصار يُعْجِبُهم اللهوُ(رواه البخارى)
وفى رواية شريك فقال:
فهل بعثتم معها جارية تضرب بالدف وتغني ؟ قلت تقول ماذا؟ قال : تقول:
أتليْناكمْ أتيْناكم فحَيُّوْنا نحَيِّيْكُمْ
ولولاالذهب الأحمر ما حلت بواديكم
ولو لا النحطة السمراء ما سمنت عذاريكم.

Dalil kelima:
34عن عامر بن سعد قال:
دخلْتُ على ُقرظَة بن كعب وأبي مسعود الأنصاري فى عرس وإذا بجوار يغنين فقلتُ: أنتما صاحبا رسول الله ومِنْ أهل بدر يفعل هذا عندكم ؟ فقال : اجلس إن شئتَ فاستمع معنا وإن شئت اذهب قد رخص لنا فى اللهو عند العرس
(رواه النسائي)

Dalil keenam:
35أخرج ابن ماجة عن انس بن مالك أن النبي مر ببعض المدينة . فإذا هو بجوار يضربن بدفهن ويتغنين ويقلن:
"نحن جوارٍ مِنْ بنى النَّجَّار يا حَبَّذا محمدا مِنْ جار"
فقال النبي "واللهُ يعلم أنيْ لأحِبُّكُنَّ.
Dalil Ketujuh:
36أخرج الإمام الترمذي وابن ماجه عن محمد بن خاطب قال: قال رسول الله : "فصْلُ ما بيْن الحلالِ والحرامِ الدُفُّ والصَّوْتُ في النكاح.

Dalil kelapan:
37عن عائشة قالت : قال رسول الله "أعْلِنُوا هذا النكاح واجْعلوه فى المساجد واضرِبُوا عليه بالدفوف........
. رواه الترمذى.


d) Perbincangan Dalil-Dalil Yang Diutarakan

Perbincangan pertama
الغناء ينبت النفاق فى القلب كما يُنبت الماء البَقل..... رواه ابو داود

1) Susunan sanad hadith ini adalah seperti berikut:
روى أبو داود بسنده عن شيخ عن ابن مسعود يقول : سمعت رسول الله يقول "الحديث........... .......الخ


Dalam membincangkan sanad hadith ini, Ibn Hazm pernah berkata “Sanad hadith ini sangat aneh. Persoalannya siapakah dia “Syeikh”? 38

2) Hadith ini bukan kalam Rasulullah tetapi hanya merupakan kalam daripada Ibn Mas`ud sendiri. 39

3) Kata-kata Ibn Mas`ud ini perlu diteliti secara halus. Memang boleh diterima bahawa nyanyian boleh menimbulkan sifat-sifat nifaq di dalam hati seseorang penyanyi. Ini kerana nyanyian boleh menyebabkan seseorang penyanyi merasa hebat, merasakan dirinya disanjungi ramai lantas mencambahkan sifat-sifat riak, takabbur dan sebagainya. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menghukum nyanyian secara am adalah haram hanya kerana nyanyian boleh menyebabkan sifat-sifat mazmumah subur di dalam jiwa penyanyi. Sebagai contoh, memakai pakaian yang mahal, memiliki kenderaan yang mewah dan sebagainya boleh menyebabkan sifat-sifat riak tumbuh di dalam hati seseorang tetapi adakah memakai pakaian yang mahal, memiliki kenderaan mewah dan seumpamanya adalah haram? 40

Perbincangan kedua
إذا عملت امتي خمس عشرة خصلة حلت بها البلاء

1) Hadith ini Hadith Gharib. Lebih-lebih lagi seorang perawi hadith ini yang bernama
( فرج بن فضالة ) telah dipandang dhaif oleh ulamak hadith dari segi kekuatan hafazan. 41

2) Syeikh Muhammad Al-Ghazali telah menyalin kembali pendapat Ibn Hazm yang menyebut bahawa di antara perawi hadith ini ialah tiga orang perawi yang bernama لاحق بن الحسين )), ( ضرار بن علي )dan ( المحصي). Ketiga-tiga perawi ini tidak dikenali identitinya ( مجهول ) 42

Perbincangan ketiga
إن الله حرم القينة وبيعها وثمنها وتعليمها


1) Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Al-Thabrani dengan sanad yang dhaif. 43

2) Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz ( القينة ) adalah hamba wanita yang menyanyi di majlis-majlis arak. Ini kerana nyanyian wanita di kalangan lelaki ajnabi yang bertujuan untuk meraikan perkara-perkara mungkar ataupun keadaan penyanyi wanita itu sendiri yang boleh mendatangkan fitnah kepada pendengar hukumnya adalah haram. Sekiranya kita menghukumkan haram kepada setiap penyanyi wanita, maka bagaimanakah pendapat pembaca kepada kisah dua orang penyanyi di dalam rumah Rasulullah yang telah dimarahi oleh Abu Bakar R.A akan tetapi Rasulullah S.A.W telah menegur Abu Bakar R.A agar membiarkan dua orang hamba wanita tersebut meneruskan nyanyian mereka ? 44

Perbincangan keempat
عن معاوية أن النبي نهى عن الغناء والنوح.

Antara perawi hadith ini bernama ( محمد بن المهاجر) dan ( كيسان ). Ulamak hadith telah mendhaifkan محمد بن المهاجر) ) manakala ( كيسان ) pula adalah tidak dikenali identitinya secara tepat ( مجهول ) 45

Perbincangan kelima
منْ جلس إلى قينة فسَمِعَ مِنها صبَّ الله فى أذُنَيه الآنِكَ يوم القيامة.

Hadith ini adalah hadith rekaan ( موضوع ). Ini kerana hadith ini tidak pernah diriwayatkan daripada Saidina Anas. 46

Perbincangan keenam
من مات وعنده جارية مغنية فلا تصلوا عليه

Hadith ini terputus sanadnya. Ini kerana perawi hadith ini yang bernama مكحول ) ) tidak pernah bertemu dengan Saidatina Aisyah. 47

No comments:

Post a Comment