Jika dilihat pada hari ini,masalah nyanyian dan muzik yang telah menjadi satu perkara yang seolah-olah tidak mampu untuk dipisahkan dalam masyarakat moden malahan muzik dianggap sebagai salah satu sumber industri yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.
Perkara yang terbaik adalah mengikut cara dan pendirian Islam dalam menyelesaikan masalah muzik ini menurut suasana semasa agar kita tidak sewenang-wenangnya menjadikan muzik sebagai satu objek yang seakan-akan tidak mampu untuk dipisahkan dalam kehidupan seharian tanpa menilai kata-kata Syara’ yang Maha Agung.
Di sini mungkin kita boleh memikirkan dan memahami bersama-sama sedikit perbahasan secara ringkas berkaitan persoalan yang di timbulkan.
PENGERTIAN NYANYIAN ( الغناء )
1) رفعُ الصوت مع تَرْداده ِبلحن أو بغير لحن 1
Maksudnya:Meninggikan suara (bersuara dengan lantang dan jelas) yang disertai dengan pengulangan-pengulangan lirik sama ada mempunyai irama muzik atau tanpa irama.
2) Menurut Abu Sulaiman Al-Khutobi, nyanyian ialah:
كل من يرفع صوته بشيء ووالى به مرة بعد أخرى فهو غناء عند العرب2
Maksudnya:Setiap individu yang meninggikan suaranya (menyebut dengan suara yang jelas dan lantang) dengan menyebut sesuatu perkara lantas diulang-ulang kalimah tersebut berulang kali, maka itu dikira nyanyian menurut masyarakat Arab.
3) Menurut fuqaha' Mazhab Syafi`e nyanyian ialah:
رفع الصوت بالشعر 3
Maksudnya: Mengangkat suara (menyebut dengan jelas) dengan membaca syair.
HUKUM NYANYIAN
Insya-Allah kita akan membincangkan perkara-perkara berikut:
a) Nyanyian tanpa alat
b) Nyanyian yang diiringi dengan alat-alat muzik.
Sebelum kita meninjau kepada 2 perkara di atas, penulis ingin menyebutkan satu kesepakatan seluruh ulama Islam tentang nyanyian. Seluruh ulama telah bersependapat mengharamkan segala bentuk nyanyian yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan kederhakaan kepada Allah Taala seperti lagu-lagu yang menyeru kepada maksiat, penyanyi wanita yang berkelakuan lucah dan sebagainya.4
Bersambung.....
Nota Hujung :
1 المفصل ج 4 موضوع 3016 ص 56
2 المفصل ج 4 موضوع 3016 ص 56
3 عمل المرأة ص 168
4 الإسلام والفن ص 32
No comments:
Post a Comment