Sunday, April 12, 2009

Test Mic: Pengharapan Doaku





"Ya Allah! Kurniakanlah kesihatan kepada tubuh badanku, Ya Allah!
Kurniakanlah kesihatan kepada pendengaranku, Ya Allah! Kurniakanlah kesihatan kepada penglihatanku, Tiada Tuhan Melainkan Engkau".. "Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada kekufuran, dan kefakiran, Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada Azab kubur, Tiada Tuhan Melainkan Engkau".


Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau,
Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada
perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan
yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."

Ya Allah, Aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat, Ya Allah,
Aku memohon keampunan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, ahli keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aibku dan berikan keamanan akan segala ketakutan terhadap diriku, Ya Allah, peliharalah diriku daripada apa-apa yang berada di tanganku, dan apa-apa yang berada di belakangku, dan di dalam tangan kanan dan kiriku dan juga yang di bawah. Dan Aku memohon perlindungan dengan kebesaranMu terhadap dugaan-dugaan yang datang daripada bawahku."

"Ya Allah dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu
petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu jualah tempat kembali (bagi semua makhluq)." Adapun di waktu petang Nabi s.a.w. bersabda: Ya Allah! Dengan pertolongan dan rahmat-Mu kami masuk waktu petang, dan dengan pertolongan dan rahmat-Mu kami masuk waktu pagi. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak_mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluq)."


No comments:

Post a Comment