Sunday, April 19, 2009

HafidzRecord:Perbahasan hukum muzik

Sambungan:-

a. Hukum nyanyian yang tidak disertai dengan alat-alat muzik

Dalam perbahasan ini, kita boleh pecahkan kepada 3 pandangan para ulamak:

1) Golongan yang mengharamkan nyanyian secara mutlak. Ini adalah pendapat sebahagian ulamak Hanafiah dan sebahagian ulamak Hanabilah.5

2) Golongan yang memandang makruh nyanyian tanpa alat. Ini adalah pendapat dalam Mazhab Imam Syafi`e.6

3) Golongan yang berpendapat bahawa nyanyian tanpa alat adalah harus selama mana tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram.7


Antara dalil yang digunakan oleh para ulamak

a) Dalil golongan yang mengharamkan nyanyian tanpa alat.

1. Dalil pertama:

ومن الناس من يشترى لهوالحديث ليضل عن سبيل الله بغيرعلم ويتخذها هزوا أولئك لهم عذاب مهين..... (لقمان 6)

Ibn Mas`ud dan Ibn Abbas telah mentafsirkan ( لهو الحديث) dengan makna nyanyian.

2. Dalil kedua:

Rasulullah bersabda:

الغناء ينبت النفاق فى القلب (رواه أبو داود)

b) Dalil golongan yang memakruhkan nyanyian tanpa alat muzik.

1.Dalil pertama:

قال رسول الله: الغناء ينبت النفاق فى القلب كما يُنبت الماء البَقل... رواه ابو داود 8

2. Dalil kedua:

ما روى عن عائشة أنها قالت:
دخل عليَّ رسول الله وعندي جاريتان مِنْ جواري الأنصار تغنيان بما تَقاوَلتْ الأنصار يوم 9 بعاث فاضطجع على الفراش وحوّل وجهه ودخل ابو بكر فانْتهرني وقال "مزمارة الشيطان عند النبي" فأقبل عليه رسول الله وقال "دعهما"
(رواه البخاري ومسلم)

Kesimpulan: Nyanyian menurut fuqaha' Mazhab Syafi`e adalah makruh sekiranya tanpa alat kerana berpandukan hadith Ibn Mas’ud tetapi tidak menjadi haram kerana berpandukan kepada hadith Aishah yang menunjukkan Rasul tidak menegah nyanyian 2 orang hamba wanita Ansar di rumah baginda.10 Ini bermakna nyanyian tanpa alat hukumnya adalah makruh.


Bersambung....

1 comment:

  1. bolehkah anda sertakan sekali dengan maksod dalil tersebut??

    ReplyDelete